Saturday 2 February 2019

#1 Persediaan percutian ke Seoul 5H4M

Assalamualaikum semua. 

Hari ini aku akan kongsikan tentang percutian aku dan keluarga ke Seoul, Korea Selatan selama 5 hari 4 malam pada 12 Januari sampai 16 Januari 2019 baru baru ni. Persiapan untuk ke Seoul ni memang dah lama. Dulu berangan je tapi dari angan angan tu lah kita usahakan jadi kenyataan, betul tak?

Jemput masuk ke rumah weols hihi

Jadinya, kami dah lama intai intai tiket murah dan akhirnya masa Air Asia buat sale bulan May 2018, kami beli tiket untuk 5 orang dengan harga bawah RM800 seorang. 

Seorang hanya RM722

Kami ada ambil makanan dan baggage return. Baggage tu 25kg je share untuk semua orang hahaha. Masa pergi tu memang bawa banyak makanan la kan dengan periuk nasi pun bawa sekali. So, kiranya seorang RM800 lah kan senang kira. Oh ye, abang aku last minit nak join so dia beli tiket 2 minggu kot sebelum pergi dengan harga lebih RM1300 

Setel flight, kita booking penginapan pula. Ciri ciri penginapan yang aku nak adalah dekat dengan stesyen subway, jenis family room, boleh masak dan ada lantai pemanas sebab kami pergi musim sejuk.  Memandangkan bajet adalah terhad, kami pilih hostel je tapi aku berpuas hati sebab harga yang berpatutan sangat. 

Kami memilih Bong Backpackers, Jongno yang terletak dekat dengan station Hyehwa Line 4 Exit 4. Bus airport pun ada berdekatan. Hostel ni dekat dengan Sungkyunkwan Scandal  University so kawasan sekitar agak meriah la. Breakfast macam roti dan air disediakan tapi kami tak makan sebab nak makan nasi terus hahah.

Ada pantry untuk masak sikit

Bergelimpangan lah kami tidur haha

Aku book di Booking.com dengan harga 300 000 won untuk 4 malam. Lepas convert dengan rate RM3.70, jadi RM1110 sahaja. Aku kan pergi 6 orang jadi sorang bayar RM185 sahaja. Untuk harga ni, aku rasa berbaloi lah. Cuma kalau korang pergi dengan family mungkin nak yang lebih selesa tapi aku okay je. 

Bas airport berhenti dekat seberang hotel. Station subway pun 5 minit je jalan kaki. Otw ke subway pun banyak kedai kosmetik, kedai makan. Meriah tau malam malam

Seterusnya, insurans jangan lupa ye. Kami ambil Chubb Insurance dengan harga RM34 seorang. 

Selain itu, memandangkan harga sepinggan makanan di Seoul boleh mencecah RM37 sepinggan, adalah lebih afdhal sekiranya kami bawa makanan banyak sikit hahaha. Kami bajet seorang dalam RM50. Lauk Brahim, Nasi goreng Brahim, roti Gardenia, Milo, Sambal bilis dan lain-lain. Beras kami beli di sana. Sekilo 3000 won @ RM11.10 Kami beli 3kg just nice je. Ibu yang masak semua. Since dapur kat sana tu jenis induction, kami bawalah periuk nasi sendiri. Breakfast dan dinner memang makan nasi je dekat bilik, lunch je makan kat restoran. Tu pun 3 kali je. 

Antara lauk yang kami bawa. Pandai pandailah bajet.

Okay, memandangkan kami baru first time ke sana dan tak guna khidmat tour guide, internet sangat penting supaya senang nak google apa-apa, so kami ambil wifi siap siap dari KLIA2. Jenama roamingman tapi kami booked di klook . Harga cuma RM12 sehari, kami guna discount vocher so total hanya RM52. Jadi, sorang bayar RM10 lah lebih kurang. Actually banyak je wifi free kat sana yang superrr laju hihi

Inilah Snowyland, Vivaldi 

Selain itu, memandangkan musim sejuk kami nak main salji di Vivaldi Snowyland dan beli tiket siap siap dengan harga RM100 pun lepas guna voucher code. Actually korang boleh juga ambil pakej ski tapi kami taknak main sebab ada adik 8 tahun, tak pandai dan takut sebab ski kan satu extreme sport. Untuk beginner macam kami rasanya Snowyland ni okay best je. 

Muka excited jumpa salji hihi

Sebenarnya kami pertama kali melancong pada musim sejuk. Setakat sejuk Cameron Highland tu adalah. Jadi, persediaan kelengkapan tu penting ye supaya tak jatuh sakit. Alhamdulillah haritu okay je. 

Basically, keperluan winter yang korang perlu ada ialah long john, winter coat, muffler, earmuffs, gloves dan winter boots. Earmuffs aku tak pakai sebab pakai tudung rasa tak perlu sangat. Adik aku Akif yang 8 tahun tu pakai. 

Kedai Ampang Family Bundle ni best banyak pilihan

Long john aku beli di Decathlon sebab murah dari Uniqlo/Universal Traveller hihi. Winter coat tu pandai pandai lah cari di bundle kalau nak murah. RM10 ada, RM20 ada. Pastu ibu ada belikan winter coat yang baru juga dekat Lazada rasanya below RM50 je tapi lambat lah shipping dari China. Muffler tu aku guna pashmina pun ada hahaha. Winter boots beli kat shopee RM30 gitu. Btw, jemput lah tengok shopee aku kat sini (iklan jap hehe)

Ni masa first day. Kemain kami balut Akif sebab taknak dia sejuk. Cuaca 3 celcius mana taknya hahaha

Untuk hilangkan sejuk tu, gunalah hot packs. Ada yang jenis tampal kat tapak kaki, yang genggam kat tangan. Selalunya kitorang guna hand warmer lah. Bila sejuk, genggam je dalam poket korang. Rasa nyaman je. Ada yang kawan aku bagi (Thanks kawan ;)) dan ada yang akak aku beli kat Decathlon dan Daiso

Contoh hot packs Daiso

Okay, antara apps yang berguna adalah Kakaometro dan offline maps. Offline maps ni aku guna maps.me dan Naver Map. Kakaometro ni pula penting untuk korang tahu macam mana nak pergi ke satu stesyen tu. Sebab Seoul punya subway banyak line ye so jangan lah pening-pening, guna apps ni je settle. Yang penting, tahu kat mana nak naik subway, kat mana nak turun. Make sure study Exit mana nak keluar sebab satu exit ke exit yang lain adalah jauh ye. Contohnya, station subway dekat hostel kitorang adalah Hyehwa (Line 4 warna biru muda) Exit 4. Kalau exit 1,2 dah keluar tempat lain pula. 

Ni contoh nya. Harga tambang pun dah bagitahu siap siap. Best kan. Perasan tak 

Finally, T Money ni antara yang paling penting untuk memudahkan pergerakan korang. Ala fungsi macam Touch n Go. Topup pastu boleh guna untuk bas, subway, beli barang di sesetengah kedai serbaneka juga. Kami dapat free from Korea Tourism Organisation. Korang boleh cari kat sini

Ni aku punya T money



Okay rasanya tu je. Meh kita kira kira bajet sebelum berangkat ke Seoul

Kira kira untuk seorang:
Tiket Penerbangan RM800
Penginapan           RM185
Bekalan Makanan  RM50
Insurans               RM34
Wifi                      RM10
Tiket Snowyland    RM100

TOTAL                  RM1179

Thanks for reading this entry!

Baca sambungan di sini

No comments:

Post a Comment