Sunday 3 February 2019

#2 Seoul Winter Trip Day 1 (Gyeongbokgung,Cheonggyeocheon, K Style Hub, Itaewon)

Assalamualaikum semua

 12 January 2019

Okay harini kita nak sambung ke cerita di hari pertama. Flight pada 12 January 2019 ni pukul 12.50am so kitorang dah ada kat airport dari pukul 9.30pm lagi. Kami parking kereta di KLIA2 tapi bukan betul betul parking kat airport sebab mahal. Untuk jimat, boleh juga parking kat Park n Ride Salak Selatan atau Putarajaya tapi leceh sebab jauh kan. So kami jumpa servis yg kita tinggalkan kereta di area departure je, nanti balik pun dia amik kita kat arrival. Mudah, kan? Harga pun below RM100. Siapa nak, nanti aku bagi no telefon.

Khajaaaa to Seoul we go

Settle verify boarding pass yang dah siap siap print dari rumah, kami drop baggage di kaunter. Jom kita ke gate. Make sure hand carry below 7kg ya sebab ada staf Airasia akan timbang beg hahaha. 

Penerbangan ke Seoul memakan masa 6 jam 30 minit dan kami tiba di Incheon International airport around 8.20am. Make sure isi arrival card masing masing dengan lengkap untuk melepasi immigration dengan aman dan tenang. Rupanya rupanya Korea tiada cop kat pasport, dia just bagi slip je. Okay declaration form jangan lupa isi satu untuk setiap group. Kami tick 'no' dekat semua bahagian jadinya lalu dekat 'nothing to declare' tak perlu scan pun semua beg kami hmm pelik gak.

Muka excited dah sampai Korea

Dah sampai Incheon, apa nak buat? Marilah ke Seoul. Airport Incheon terletak 49km dari kota Seoul. Tukar baju, sarung winter coat. Keluar je dekat area open air airport tu rasa macam masuk dalam freezer kahkahkah. Beza betul dengan Malaysia. Cakap pun keluar asap, 'darat' sungguh masa tu. Korang tau ke darat tu apa? hehe

Menunggu bas

Kami memilih untuk menaiki airport limousine bus sahaja. Sebenarnya boleh je nak naik all stop train dengan harga 4250 won sahaja, tapi kami ingat baru first time sampai ni, naik bas direct ke hostel lebih mudah tak payah nak heret bag jauh jauh naik turun tangga. Nak naik bas ni kena beli tiket, keluar di pintu 4 dan beli tiket ke Sungkyunkwan University menaiki bas 6011. 

Kami turun di station ke-9

Tiket bas berharga 10 000 won @ RM37 sehala. Usai beli tiket, carilah tempat menunggu bas 6011 tu. Jangan risau senang je. Sebenarnya nak tap guna T money pun boleh tapi ahjushi yang jaga tu kata beli di kaunter lebih murah. 

Inilah rupa tiket bas 

Oh ye, tiket untuk kanak2 8000 won kalau tak silap. Bila bas sampai, bag yang besar letak kat bahagian bawah, dia akan tampal sticker nombor kat bag dan bagi nombor kat kita. Nanti dah turun nak amik bag, tunjuk nombor tu kat bus driver tau. Okay perjalanan mengambil masa lebih kurang sejam. Jangan lupa pakai seat belt. Ada announcement dalam bahasa Inggeris. Jadi bila dia sebut station yang kita nak turun, just tekan bell tu je ok. 

Pemandangan dari dalam bas. Unik gak jambatan itu. 

Daripada bus stop tu, boleh nampak dah hostel just kena lintas jalan. Dalam pukul 12 kut kitorang sampai jadi marilah check in. Nasib baik boleh check in awal tanpa bayaran tambahan. Kat sini bayar dulu so nanti check out just drop kunci bilik je.

Harini kami nak ke Gyeongbokgung dulu untuk kejar pertunjukan pertukaran pengawal istana pukul 2pm. Settle makan, kami keluar dan jangan lupa topup T money di CU convenience store. Kami topup 30 000 won @ RM111 cukup sampai balik.

Macam mana nak ke Gyeongbokgung Palace? Korang kena turun di station Gyeongbokgung Exit 5. Station Gyeongbokung ni kan line orange. Kami dari station Hyehwa line biru muda, jadi kena transfer di Chungmuro.

Hyehwa - Chungmuro - Gyeongbokgung

Pakai je apps Kakaometro tu senang. Nanti tunggu di pintu 2-4 atau 8-3 so that dah sampai nanti tak payah jalan jauh untuk exit.  

Istana ni yang paling besar di Seoul dan paling luas. Untuk masuk istana ni kena bayar 3000 won. Guard changing ceremony tu kat luar je tak payah bayar pun. Kami tak masuk istana pun sebab rushing dan kami nak ke Deoksogung Palace nanti. 

Cuaca sejuk tau walaupun matahari terik. Tapi boleh handle la *berlagak*

Ni pegawai istana dekat gate istana. Bekeng jah muko kahkah

Selepas itu, ayuhlah kita berjalan kaki ke Gwanghwamun Square seberang jalan sahaja. Kat sini ada tugu King Sejong. Beliau ialah raja keempat dari Dinasti Josean dan mencipta aksara hangul yang digunakan sekarang. 

King Sejong 

Kat sini juga ada tugu Admiral Yi Sun-Sin yang terkenal sebab kemenangan lawan tentera laut Jepun masa perang Imjin zaman Dinasti Joseon dulu. 

Admiral Yi

Kebetulan kat area ni ada pameran memperingati mangsa Sewol Ferry tragedy pada April 2014

Mangsa mangsa yang kebanyakannya pelajar Danwon High School

Okay next kita ke Cheonggyecheon Stream yang walking distance sahaja. Dari Gwanghwamun, korang jalan sampai nampak tugu bawah ni di sebelah kiri.

Okay dekat tugu ini lah sungai tu.

Sungai ni dulu kotor tapi telah dibaikpulih pada 2005 dan sekarang jadi tempat tumpuan orang lepak lepak. Bersih sangat. 



Ambil gambar

Sungai ni sepanjang 11km sampai ke Dongdaemun sana. Kami tidaklah jalan habis sebab nak ke K style Hub untuk pakai hanbok yey

Bangunan K Style Hub ni di sebelah kanan sungai ni tak jauh pun. Naik dulu tingkat 5 untuk booking slot. Sementara nak tunggu tu kami pergi kat area Kpop best boleh acah bergambar dengan retis hihi.

PSY

Big Bang yo!


20 minit je sesi pakai Hanbok yelah sebab free kan. Tapi puas bergambar ahaks

Dah settle, kami nak ke Itaewon Central Mosque dan nak makan. Kena turun di Itaewon line 6 exit 3. Station terdekat dengan K style hub masa tu adalah Jonggak line 1. Dari Line 1 kena transfer di Dongmyo

Jonggak - Dongmyo - Itaewon

Untuk senang, ikut map ni.

Dari exit 3, jalan terus sampai jumpa Mr Kebab belok kanan. Terus sampai nampak sekolah, belok kiri sebelum sekolah. Pintu masjid tu akan berada di belah kiri

Pintu masuk masjid. Mendaki juga lah di area Itaewon ni

Pengalaman yang indah dapat solat Maghrib berjemaah di sini.

Lepas solat, kami makan di Eid Restaurant. Sebelum ni makan di cawangan Bandar Baru Bangi, kali ni makan di Itaewon pula. Puas hati lah dapat rasa makanan Korea yang original. Lebih kurang 7 000 won @ RM25.90 seorang

Dia lah paling seronok kalau dapat makan hahaha

Samgyetang dan Bulgogi sedap terukk

Pilihan JJCM

Kat sini lah kami beli beras. Banyak je lagi kedai ínternational kat Itaewon ni.

Gendang gendut tali kecapi, kenyang perut suka hati. Jomlah balik rehat dan tidur. 

Itaewon - Samgakji - Hyehwa

Kira kira hari pertama
Airport Limo Bas    RM37 @ 10 000 won
Topup T money      RM 111 @ 30 000 won
Makan                   RM25.90 @ 7 000 won
TOTAL                   RM173.90

Baca entry sebelum ni di sini 
Baca entry selepas ini di sini

Thank you for reading this entry!





No comments:

Post a Comment