Monday 4 February 2019

#3 Seoul Winter Trip Day 2 (Nami Island & '"I Seoul U'')

Assalamualaikum semua

13 January 2019

Hari ini kita nak jalan jauh sikit. Kita nak ke tempat yang terkenal dek kerana drama Winter Sonata tu. Aku tak tengok pun sebab bukan zaman aku kot hahahha. Nami Island ni terletak 63km dari kota Seoul. Terletak di kawasan Chuncheon. 

Sempat bergambar jap di kawasan hostel

Untuk ke sana boleh menaiki bas ataupun subway. Mestilah kami naik subway sebab murah. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 1 jam 40 minit gitu. Jadi kenalah keluar awal pagi. Nak ke sana, kami kena transfer line 2 kali iaitu di Dongdaemun dan Hoegi. 

Hyehwa - Dongdaemun - Hoegi - Gapyeong

Tambang sehala lebih kurang 2250 won. Murah kan, padahal jauh kot. Kalau naik bas ikut private tour memang berbeza sangat la harga. Kalau bawa orang tua atau bayi eloklah naik bas.


Dekat Seoul ni sekali ni je aku nampak pengemis, ingatkan takde

Di station Gapyeong takde banyak exit. Memang satu tu je exit. Sepanjang naik subway tu boleh la tengok pemandangan kat luar, kalau kat bandar Seoul memang tak nampak apa sebab bawah tanah kan. 

Ini merupakan entrance station Gapyeong

Dari station Gapyeong, kita kena pergi pangkalan feri itu menaiki bas atau teksi. Kami memilih menaiki teksi. Cakap je kat ahjussi tu Nami Island, tahu lah dia. Satu teksi 3000 won, sorang hanya bayar 1000 won @ RM3.70. 

Immigration ke Naminara Republic la kononya

Dah sampai, sila beli tiket ya 13 000 won @ RM48.10 yang dah termasuk feri pergi dan balik. Tak lama pun naik ferinya. 

budak Akif

Di tepian tasik

Tak senonoh betul yang dekat tepi tu

Engko tengok la tasiknya pun beku weh sejuk sangat

Kami memilih untuk makan tengah hari di Asian Family Restaurant Dongmoon. Sebenarnya nak makan nasi goncang tapi tak jumpa. Dah nampak kedai ni dan logo halal sebesar alam, masuk je lah perut pun dah lapar. 

Aku makan Jajangmyeon. 

Ada yang makan sotong pedas, jjampong, bulgogi. Sorang bayar dalam 13 000 won kot @ RM48.10

Ini merupakan air terjun yang dah beku

Ada ice sculpture dan sledding. Free je sledding cuma kena beratur

Nami Island ni besar puas juga berjalan. Dah settle ambil gambar sampai lebam, jom balik naik feri. Walaupun hari Ahad, tak delah lama sangat beratur nak balik. 

Bye Nami

Balik pun naik la teksi macam tadi 3000 won, naik 3 orang so bayar 1000 won @ RM3.70 seorang

Sekarang kita nak singgah City Hall untuk ice skating dan tugu "I Seoul U" Jadi kena turun di City Hall Line 1/2 exit 5 dan kena transfer line sekali di Cheongnyangni

Gapyeong - Cheongnyangni - City Hall

Malangnya, ice skating tutup sebab kualiti udara yang tak baik. Udara di sini boleh tahan tercemar tau jadi sila bawa mask muka. Locals pun memang pakai. Katanya punca habuk ni dari negara China. 

Kat sini bayar 1000 won je nak skating. 

Tak dapat skating, bergambar je lah kat sini

Dah, jom balik

City Hall - Dongdaemun History & Culture ParkHyehwa

Aku susun itinerary tak packed sangat memandangkan ada budak kecik Akif tu. Lagipun musim sejuk ni malas nak keluar malam-malam sebab sejuk sangat. Tapi ada juga keluar kat area hostel tu. 

Kira kira hari kedua
Teksi 2000 won @                                RM 7.40
Tiket masuk Pulau Nami 13 000 won @ RM48.10
Makan 13 000 won @                          RM48.10
TOTAL                                                RM103.60


Baca entry sebelum di sini

Thank you for reading this entry!




No comments:

Post a Comment