Friday 8 February 2019

#4 Seoul Winter Trip Day 3 (Vivaldi Snowyland, DDP LED Rose)

14 January 2019

Assalamualaikum semua

Mari kita ke vivaldi 

Hari ini kita sambung cerita di hari ketiga. Harini kena pakai terang terang sebab kita nak pergi main salji. Bila background putih, pakai baju terang, cantik lah gambar tu tidaklah suram je kan. Tapi aku rasa baju aku paling suram huhu


Okay macam yang aku cakap sebelum ni, aku dah beli tiket siap siap dari Malaysia lagi melalui klook. Memang aku recommend lah klook ni sebab memudahkan kita. Kita kena naik bas ke Vivaldi ski resort yang terletak di daerah Gangwon-do. Dekat tiket yang dapat dari klook tu, dah diberitahu siap siap kena berada di meeting point di Shinsegae Duty Free Store Myeongdong pukul 10 pagi. Jadi, kita naik je subway ke station Hoehyeon Line 4 Exit 7. Ada video diberikan sebagai panduan untuk ke meeting point. Dah sampai, cari papan tanda wondertrip senang je.

Ini lah orang yang uruskan dan bas yg akan bawa kita ke Vivaldi

Dah sampai tu, memang dah ada nama kita so naik je terus bas tu. Ayuh la kita ke Vivaldi. Sempat la membuta dalam bas hahaha

Tiket sebenar

Dah sampai Vivaldi, staf kat sana akan beri tiket snowyland yang sebenar. Kita kena naik gondola untuk naik ke atas. Okay je tak gayat pun, pemandangan pun cantik je.

Gondola ride 

Okay silakan bermain salji dan naik lah apa-apa ride sampai pukul 5 ye. Pukul 5 dah kena ada kat bus parking area untuk naik bas balik ke Myeongdong.

Snow rafting ni naik 5 orang. Sekejap gila tak puas hahah

Untuk orang dewasa tak banyak ride pun tapi okaylah. Snow tubing best! Curam jugaklah rasa seriau kaki masa turun tu hahah. Running man ada shooting kat sini, episod baru baru ni. Tengok diorang naik macam mudah je hahaha.


Malam malam lawa lah ada lampu

weeeeee

Akif yang paling seronok main salji, main sorang sorang pun takpe dia ni.

Dia pula tarik muaz hahah

 Oh ye, kitorand dah siap siap bawa bekal pek Kembara (Pilaf rice with rendang)  untuk makan disini. Senang je uols, masukkan air paip je, boleh panaskan nasi dan lauk. Boleh tahan lah sedapnya. Okay dah selesai main jom balik.

Tengah sejuk makan nasi panas panas memang umph

Sampai Myeongdong pun dah malam, bas turunkan kitorang di Lotte Hotel kalau tak silap. Jadi kami naik subway terdekat iaitu Euljiro-1-ga untuk ke Dongdaemun History & Culture Park. Kita datang sini untuk tengok LED Roses.

Ibu with LED roses dan pokok botak kikikii

Kalau kat Malaysia kena bayar kan untuk masuk tempat macam ni kalau tak silap. Kat DDP ni free je uols. Sebenarnya LED roses ni buka kejap je untuk exhibition, tapi sebab banyak sambutan, LED roses ni diteruskan sepanjang tahun. Kalau tak silap lah, correct me if I am wrong. Sebenarnya kat sini bergambar je lah pun. Cantik juga. Bangunan dia pun unik tau macam UFO kahkahkah

Ambil gambar guna phone aku ni tak lawa kalau malam

Hari ini tiada kira-kira sebab tak keluar duit pun hoyeahh.

Sekian laporan dari Vivaldi Snowyland

Thanks for reading this entry!

Baca entry sebelum di sini
Baca entry selepas di sini

No comments:

Post a Comment