Saturday 16 February 2019

#5 Seoul Winter Trip Day 4 (Namsangol Hanok Village, Namsan Tower, Namdaemun Market, Myeondong)

15 January 2019

Assalamualaikum semua

Comel comel kan panda ni semua ^_^

Jom sambung cerita di hari keempat. Harini kita naik subway ke satu tempat je. Selainnya jalan kaki dan naik bas saja. Semua tempat ni berdekatan je tapi sesetengah tempat tu kalau nak jalan kaki becak jugaklah ketiak kau hahahha

Aku suka gambar ni. Comel dan kelakar

Destinasi pertama kita ialah Namsangol Hanok Village iaitu sebuah perkampungan tradisional Korea yang ada rumah rumah dan bangunan lama. Rumah ni dibina semula di tengah kota Seoul dan tutup hari Selasa kalau tak silap. Dia berbeza dengan Bukchon Hanok Village yang memang rumah orang betul betul tu.

Pintu masuk

Untuk ke sini, turun di station Chungmuro Line 4 Exit 4. Jalan kaki 5 minit dah sampai. Semasa nak ke Namsangol tu, ada kedai untuk sewa hanbok. Siapa nak berhanbok pun nice gak sebab banyak bangunan tradisional kan so memang onz la bergambar.



Bila mek kelate nak acah Korean kihkih

Namsangol Hanok Village ni agak besar tau. Banyak ke benda boleh explore dalam tu. Macam haritu kebetulan nak dekat Lunar New Year, diorang sediakan kertas ucapan dan cop tradisional. Kita ikat kertas ucapan kita dan nanti dia akan terbangkan bersama lantern. 



Ini cafe tau. (kau tengok perangai akif tu huhu)

Setelah puas meronda, kita nak bergerak ke Namsan Tower pulak. Ni memang tempat wajib pergi ah kalau korang ke Seoul. Kita akan pergi ke station bas yang terletak dekat Exit 4 station Chungmuro. Tak jauh pun korang guna map dekat phone je. Dari sini, naik bas nombor 2 atau 5. Since masa tu bas no 2 yang sampai dulu so kami pun naiklah. 

Station terakhir adalah Namsan tower yang kita nak pergi

Actually kami tak pernah naik bas kat Seoul kan, so kami observe je lah cara locals naik bas. Just tap T money masa nak naik dan nak turun. Jangan risau ye ada announcement dalam Bahasa Inggeris, takdelah blur nak turun kat mana kan haha.

Ni dekat bus stop

Korang kena mendaki sikit selepas turun dari bas. Alah sekejap aje tapi curam sikit. Selain dari naik bas, korang boleh juga naik cable car (8000KRW) dan hiking(free). Aku sebagai seorang traveller yang tak fit dan cermat haruslah naik bas. 1100won sahaja sehala pakai T money


Akhirnya dapat pergi N Tower. Selama ni tengok kat blog orang je :')


Cari jodoh tak jumpa2 hahah 

She is my only lover at the moment hehe love u ibu

Satu perkara yang menakjubkan berlaku time dekat Namsan tower ni tau. Tau tak apa? It was my first snowfall experience!!! I was so excited. The fact that the snow falls in this shape kan memang awesome SUBHANALLAH! Walaupun tak lebat dan sekejap okay lah tu. Ada lah alasan nak datang lagi. Opps? hahhaha

Snow on my winter coat. Yes, I am that 'darat' hahah

Next, setelah puas bergambar, mari kita makan sebab Akif dah mengamuk sebab lapar -___-


Kita tinggalkan kenangan di sini. Jangan tanya harga berapa sebab aku tulis je dekat padlock kosong yang ada situ kahkah

Naik bas no 5 ke Myeongdong sebab Restoran Kampungku di situ.

Turun je bas, masuk je jalan ke arah Seven Eleven, nampak Pacific Hotel. Ambil kiri.

Jalan ke arah Namsan tower

Dah sampai. Sebelah ni ada Halal mart

Aku makan bulgogi. Yang lain makan nasi dan lauk Korea

Ada banyak lauk Melayu dan western tapi of coz kami nak makan makanan Korea kan sebab kalau makan makanan Melayu baik aku makan yang ibu masak ekekekke. Mungkin kalau korang lama kat Seoul, rindu sangat nasi lemak dengan nasi goreng bolehla try. 

Kami pun solat dekat tingkat atas. Kalau tak makan kat restoren pun boleh je datang solat no worries.

Next, kami nak shopping souvenir kat kedai Salmah di Namdaemun Market. Kami jalan kaki je guna offline map. Kalau naik subway korang turun di Hoehyeon exit 5 ok.

Kedai Salmah ni terletak di bangunan Daedo Shopping Centre bangunan warna Oren. Cari je kedai no 76 (Bokminsa) kat tingkat 2.

Kedai salmah ni femes dikalangan Malaysian. 

Salmah ni pandai cakap Melayu dan kalau beli banyak dpt free gift. Macam kami dpt minuman macam Yakult tu, okay lah kan.

Ahjumma dan Ahjussi menjual


Seterusnya, jom kita jalan kaki ke Myeondong street untuk shopping cosmetics sikit dan try street food diorang

Aku makan red bean cake ni je 2000 won. Ni je yang yakin

Ada banyak je lagi street food halal macam egg bun, grilled shrimp. Sempat juga membeli aloe vera gel Nature Republic kat sini. Selepas itu kami naik subway balik hotel. Dah gelap tu sejuk bebenau rasa. Rasa nak melompat2 bila duduk outdoor sebab tak tahan sejuk huhu. 

Done for the day. 

Jangan lupa cuba Strawberry Korea! Sedap dan manis

Kira kira hari keempat
Makan di Kampungku 10 000 won @ RM37

Thanks for reading this entry!

Baca entry sebelum di sini
Baca entry selepas di sini


No comments:

Post a Comment