Saturday 16 February 2019

#6 Seoul Winter Trip Day 5 (Ewha Womans Univ, Deoksugung Palace)

16 January 2019

Assalamualaikum semua

Hi semua! Jom sambung cerita hari terakhir. Kami dah nak balik Malaysia hari last ni. Tapi flight pukul 11.20pm jadinya banyak sangat masa untuk jalan jalan dulu. Yang penting siapkan barang, balik hostel nanti tinggal ambil dan checkout je.

Instagrammable sangat tempat ni

Kita nak ke Ewha Womans University dulu. Uniknya, universiti ni memang pelajarnya perempuan sahaja. Bangunannya sangatlah lawa dan sangat terkenal dengan reka bentuk yang menarik.

Di kiri dan kanan ada 10 pintu untuk masuk ke lecture halls, cafe etc

Untuk ke sini, just naik subway dan turun di station Ewha Womans University Exit 3. Keluar situ korang akan lalu Ehwa shopping street. Sebab uni perempuan kan banyaklah kedai cosmetics dan pakaian.

Di hujung sana dah sampai Ewha Uni

Church(?)

Unik kan

Okey, actually takde apa sangat pun. Selesai sightseeing, kita nak gerak ke Deoksugung Palace sebab hari kedua haritu tak sempat pergi. Just turun di station City Hall exit 1/2/12

Tiket masuk 1000KRW

Kalau pakai hanbok, masuk mana2 istana pun free aje

Ini gerbang entrance

Semua dah ada wudhu', jadi kami solat kat belakang pokok tu je

Ku gigihkan jua bergambar walau sejuk melampau. Yang lain surrender nak balik dah hahaha

Di gate sempat tengok pertukaran pengawal

Lintas je jalan dari entrance ni dah boleh nampak Ice skating yang bayar 1000 won tu. Tapi kami tak pergi sebab tak tahan duduk luar. Serious sejuk sangat memang nak balik hostel terus. Sepatutnya nak pergi Ihwa Mural Village tapi tak pergilah sebab situ outdoor dan Akif pun dah lapar. 

Mampu tengok aje orang ice skating.

Kalau aku pergi skating pun, confirm terkial2 kat situ kahkahkah. Jadinya kami balik hostel, makan nasi goreng Brahim dan terus ke airport

Bye bye 

Untuk ke airport senang je, naik subway ke Seoul Station dulu, baru transfer line untuk ke Incheon Intl Airport Terminal 1. Terminal 2 utk Korean Air dan few other airlines. Just guna apps Kakaometro je. Untuk harga murah, naik All Stop Train, tak banyak beza masa pun dengan AREX Express. 4250 won per way sahaja. Just tap guna T Money, easy peasy lemon squeezy

Selesa je naik train

Dah sampai tu still awal, Kaunter tak bukak. Kami pergi CU Convenience store untuk habiskan saki baki T Money. Dlm 4000 won kut lebih

Dapatlah rasa banana uyu kegemaran rakyat Korea. Sedap tapi manis sikit

Annyeong Seoul! Jumpa lagi in sha Allah

Kira kira hari kelima
1000 won @ RM3.70

Thanks for reading this entry!

Baca entry sebelum di sini

No comments:

Post a Comment