Wednesday 19 February 2020

#2 Day 1 Northern Kyushu with BFF

Assalamualaikum everyone!

Jom sambung cerita hari kedua. Harini kita akan ke:

1. Fukuoka Yafuoku! Dome
2. Momochihama (beach)
3. Fukuoka Tower
4. Fukuoka Masjid Al-Nour
5. Marhabba Halal Food
6. Canal City Hakata
7. Kushida Shrine
8. Tochoji Temple

Nampak macam banyak kan, tapi takpun. Tak semua tempat kami masuk, sebab takde keperluan xD Dari hotel, kami naik train dua kali je sebab tempat2 tu berdekatan boleh jalan kaki. Okay lepas drop bag kat hostel, kitorang jalan kaki ke Higashi-hie station. Naik subway untuk ke Tojimmachi Station. Tak susah pun naik train dia. Kalau dh biasa naik yg Singapore/Korea punya should be pro dah. Sebab line dia tak banyak macam Tokyo punya hahaha.

Lintas jalan lalu jejantas, nampak view cantik ni

Ini sebenarnya stadium baseball. BTS buat concert kat sini lah *tiberr*

So dari situ, kitorang jalan kaki je ke Momochi beach dan Fukuoka Tower. Tak naik pun tower tu sebab kitorang akan naik tower kat Beppu. Tapi ada akak yang kitorang jumpa kat masjid kata, tower tu best. Boleh la korang cuba naik kalau datang sini.

Pantai biasa je tapi boleh la

Ini lah tower ituuuu. Boleh la nak bergambar

Memandangkan lepas ni kita nak ke Masjid yang agak jauh, kena lah naik train. Kita naik dari train yg lagi dekat dengan Fukuoka Tower iaitu Nishijin Station untuk ke Hakozakikyudai Mae Station. 

Tengah jalan nampak daun cantik, bergambar jap xD

Masjid al-Nour

Alhamdulillah, dapat Solat Jamak Qasar kat sini. Masa tu masjid masih ada renovation. Kitorang solat kat tingkat atas. Macam yg kita tahu, dekat dengan Masjid kat mana2 negara selalunya ada restoran halal. Macam kat sini, kitorang pergi Marhabba yang menyajikan makanan Pakistan. 

Seronok tau dapat jumpa tempat makan haahha

Menu

Untuk berdua. Boleh tahan kenyang

Harga kat sini boleh tahan la. Average. Aku punya 600 Yen kalau tak silap. Dah kenyang tu, kitorang pun bergerak ke Tochoji Temple. Sepatutnya nak balik hostel dulu, tapi nak jimat masa dan nak penat sekali harung, maka kami terus sambung berjalan. Balik karang baru rehat. 

Kitorang naik train dan turun di Gion Station. Pastu jalan kaki je ke Tochoji temple tu (tak masuk pun). Next, kita ke Kushida Shrine. Pun tak masuk xD Pastu jalan lagi ke Canal City Hakata. Ha kat sini best sebab tempat shopping. Kitorang just window shopping dulu, hari last kang baru shopping. hahha

Tochoji Temple

 Kushida Shrine. 

Tempat depa semayang, memang idok le masuk. Masa bergmbar, ada Japanese woman yang lalu tu offer diri untuk amik gambar kitorang. Orang Jepun memang baik la bagi aku. Tanpa disuruh pun diorang offer nak tolong.


The canal?

Yatai

Sambil jalan balik ke Gion station tu, lalu dekat food street yang diorang panggil yatai. Tapi takde yg meyakinkan untuk dimakan. So kita balik makan maggi xD Serius penat weh malam tu, siapa suruh 'pandai' pakai boots yang heels 3 inci hahaha. Okay sekian cerita hari pertama. 

Thanks for reading this entry !

No comments:

Post a Comment