Wednesday 19 February 2020

#1 Pre-departure Northern Kyushu with BFF

Assalamualaikum everyone!

Harini aku nak recap kembali kepada October 2019. Dah 4 bulan berlalu ye, aku harap semua yg aku cerita ni betul daripada memori aku hahaha. Nak cerita pasal kisah travel kami berdua ke Northern Kyushu, Japan pada musim luruh. Siapa kami tu? Me and my BFF. Northern Kyushu yang aku maksudkan adalah Fukuoka, Kitakyushu, Nagasaki dan Beppu. Ini sahaja yang sempat. Ada banyak tempat lain yg menarik di kepulauan Kyushu ni seperti Miyazaki dan Kumamoto. Tapi sebab masa 5 hari agak terhad, jadi begitulah. Tu pun dah seronok okay! Makcik2 lain pergi sana shopping kat Fukuoka je. Depa banyak duit takpelah hahaha. 

Inilah peta pulau Kyushu. Thanks Airasia for the new KUL-FUK route!

Semua bermula bila airasia buat promo ke Fukuoka. RM650 je (tix only) Airasia offer, apa lagi cari tarikh cuti semester pastu terus book. Tapi kan, sehari lepas tu price drop to RM550 -____- Kalau tak silap kitorang book flight bulan August. Maknanya ada 2 bulan je untuk prepare everything. Nasib lah kawan baik aku tu dah 2 kali ke Jepun, so dia banyak prepare dan tahu banyak benda pasal Jepun. 

This is my BFF since high school

Antara yang kitorang dah prepare before fly adalah JR pass, wifi, insurance, accomodation semua lah. Kalau nak itinerary, boleh cari kawan aku ni. All credits to her =) Tekan sini Kalau nak tahu price breakdown, aku bagi kat bawah ni k. Untuk total hangus aku akan bagi dalam entry lain. 

Flight (include food, baggage)  RM850
Wifi share 2 orang (klook)       RM30
Insurance                              RM80
JR pass (klook)                      RM302

Macam biasa banyak book dekat Klook untuk kemudahan sejagat =) JR pass tu penting sebab memudahkan kita naik train tanpa had (T&C). Kitorang amik 3 days Northern Kyushu. Hostel tu kitorang bayar deposit dulu, selebihnya bayar kat sana. Kitorang pilih Fukuoka Backpackers Hostel which is walking distance to Hakata Station dan Higashi-Hie. Airport bus stop pun dekat

Ini lah hostel kami. Pekerja dia baik. Location 10/10

Katil camni je, toilet pun kat luar. Tapi berpatutan la dengan harganya

Okay so kami bertolak pada Ahad 27 October 2019 11.45pm dan dijangka tiba di Fukuoka International airport pada pukul 7.05am. 

 Kami yg excited

Amik seat belah kanan supaya dpt tgk sunrise. SubhanAllah :D


Sampai airport dan naik bas ke hotel!

Untuk hari pertama kita akan buat city tour di sekitar Fukuoka. So kita amik Fukuoka Tourist City Pass yang berharga (820¥) untuk unlimited naik bas dan unlimited subway ride dalam sehari di area Fukuoka. 

Kemana kitorang pergi, itu kita cerita next entry ok!

 Thanks for reading this entry!

No comments:

Post a Comment