Monday 17 February 2020

Cebu, Philippines 1-5 February 2020

Assalamualaikum semua!

Okay harini nak cerita pasal percutian ke Cebu, Philippines baru baru ni. Sebenarnya ada 2 cerita tertunggak iaitu pasal Bromo, Indonesia dan Fukuaka, Japan. Tapi takpe, kita cerita yang ini dulu sementara masih ingat hahahha. Aku nak rangkumkan semua dalam satu blogpost je senang okay xD

Sneak peak sikit tujuan kita datang ke Philippines ;)

Untuk percutian kali ni, aku tak rancang sendiri tapi aku join open trip dari Ohana (ground package). Ni first time tau join open trip. Kenapa? Sebab takde kawan nak travel dan ibu tak bagi pergi sorang sorang lol. 

Okay, jadi untuk ground arrangement dah settle, kita hanya kena fikir flight, makan dan insurance. Aku tak ambil wifi atau simcard sepanjang kat sana sebab dah ada guide kan. Tak perlu nak cari informations melalui internet sangat.

Bajet kita cerita di penghujung entry. Now kita teruskan cerita di hari pertama, which is perjalanan flight sahaja hahahaha

1 February 2020

Flight Air Asia Philippines Z2 7113 berangkat dari KLIA2 pada pukul 11.55pm dan tiba di Mactan-Cebu International Airport pada pukul 3.55am. Memandangkan sekarang tengah panas isu Corona Virus, perjalanan 4 jam memakai face mask adalah sangat tidak selesa ya. 

Mabuhay!

------------------------------------
2 February 2020

Okay, setibanya di Cebu City, kitorang solat Subuh di tepi jalan beralaskan kertas A4 hahaha. Kita akan terus ke Oslob sebab attractions kat situ dan hotel pun kat situ. Perjalanan hanya 120km tapi jalan nya yg agak sempit, bukan macam highway PLUS ye, mengambil masa lebih kurang 4 jam? 

Oslob ni berada di selatan pulau Cebu tu ya.

Kami stay di Marcnel Travellers Inn, Oslob. Walking distance je dengan tempat whale shark waching tu. Hari ni takde aktiviti. Free and easy. So kami pergi pantai dia je. 

Ini tempat penginapan. Wifi ada kat luar je, tapi okaylah

Layan sunset je petang tu

-------------------------------------------
3 February 2020

Okay harini hari yang excited sebab nak jumpa whale shark!! Lepas Subuh tu gelap2 lagi kami dah berjalan ke tempat untuk naik boat. Dalam satu masa hanya 100 orang yang boleh ke tengah laut tu. So kami nak jadi yang terawal supaya whale shark tu masih lapar waktu tu. Sebab kalau dia kenyang dia akan balik, hahaha. Tak jauh pun dari daratan. Locals akan bangun seawal 3 pagi untuk cari udang untuk feed mereka2 ini ya. 

Tengoklah betapa ramai nya orang dari serata dunia nak tengok whale shark.

Oh ya, aku pergi ni dengan Kak Amy, kitorang kenal masa aku intern hahahaha 

Besar weh, whale shark tu ye bukan aku hahaha jk

Pengalaman snorkel bersama whale shark ni memang sangat berharga bagi aku. Memang besar gila okey. Bila dia datang dekat tu memang takleh describe. Patutnya kita kena berada at least 5m jauh dengan dia. Tapi masalahnya dia yang datang dekat kita! Dengan arus yg kuat tu, aku memang berpaut dekat bamboo tepi boat je weh. Oh ye, tak dibenarkan pakai sunblock ye untuk snorkel sebab taknak air jadi keruh =)

Okay, dah siap balik hotel jalan kaki, breakfast dulu (included). Kita nak ke Sumilon Island lepas ni.

Naik kenderaan ini nak ke jeti

Boat besar ni membawa kita ke Sumilon Island sandbar.

SubhanAllah sangat cantik pulau ni

Air dia sangat jernih, biru. Sangat cantik. Kat sini aku dan Kak Amy sewa snorkel 100Peso. Tapi tak guna sangat hahaha. Aku berenang2 sikit, pastu melayan perasaan je dekat belakang pulau ni, ahhhh asyik banget!



Dah balik hotel, ayuh la mandi dan rehat kejap. Aku makan nasi tomato dengan ayam masak merah dari Kembara meals. Ala, yg letak air pastu panas tu. Sedap la jugak. 

So, petang tu kita ke Tumalog Waterfalls. So bulan February ni musim kering tau, jadi waterfall nya agak kering takde air. 

Bukan air terjun, tapi titisan titisan air terjun ahahhaha

Sebelum balik, kita singgah dekat taman dia yg berada di tepi pantai. Ada bangunan lama dari zaman pemerintahan Sepanyol. The Cuartel (Old structure of a Spanish Military Barracks).

''The structure tells you about the Spanish power and its regime in the island. It is part of Spain’s colonial structures that were built during their decades of Spanish rule in the country. It is said that it was constructed on the year 1898 and was left unfinished due to the arrival of the americans. The walls are made of coral stones. This structure is one the heritage site in Oslob.''



----------------------------------
4 February 2020

So harini kita nak check out hotel dan bergerak ke Badian, untuk ke Kawasan Waterfalls.

Kita mengelilingi selatan pulau Cebu

Perjalanan nya walaupun lama tapi tak bosan sebab pemandangan cantik sangat. Laut biru, dan transitions warna biru tu sangat sangat cantik. Kat sini kami tak buat canyoneering. Hanya mandi dan terjun tiruk sikit2 je. Tak tiruk mana pun, 2 meter dengan 4 meter je. Aku terjun yg 2 meter je lah sebab aku penakut hahaha.

Kamera Eken aku tak lawa sangat. Kalau tengok depan2 memang sangat cantik. Macam watercolor biru kena celup dalam tu hahaha

Nak masuk sini kena trekking sikit. Nampak la sungai2 dia yang memang sangat jernih. Ada some part yang biru betul! 


Lawa terok kan sungai dia



Okay lepas dah bersihkan diri. Kita nak lunch. Aku just makan fillet-O-fish kat Mc Donalds. Then kita sambung perjalanan ke Dalaguete. Kita akan cross semula ke timur pulau. So dah takde view pantai lah.

Kita nak hiking ke Osmena Peak. Untuk aku yang bukan kaki hiking, aku boleh kata tak susah pun, dalam 20 minit? View memang cantik. Nampak bukit2 dan laut sekali. 



Lawa kannnn

Okay dah layan sunset tu, kitorang turun. Kejap je turun, nak naik yang payah hahaaha. Kita terus ke Cebu City, check in di Dynasty Tourist Inn. Sampai hotel pun dah malam. Just dinner dan rehat je. Diorang ni dinner kat KFC. Aku makan Kembara meals je sebab masih ada. Takkan nak bawa balik KL kan. Maggi dan oat yang aku bawa pun tak habis, bawa balik KL semula lol. Pagi nya dalam 4.30am kami terus ke airport sebab flight pukul 8.30am

Lawa juga design airport dia

Kat sini aku solat subuh kat belakang lift area check in counters. Bila masuk dalam lepas immigration, ada signage prayer room tapi tak explore pulak sebab dah solat kan. Dari airport Cebu ni, mereka check suhu badan dua kali tau. Masa check in dan masa boarding.

Bye Cebu! (pinjam backpack Kak Amy hikhik)

Okay lah sekian cerita dari Cebu. Aku bagi bajet keseluruhan kat bawah ni, kot lah korang nak tahu. Bye!

Bajet keseluruhan

RM425 Flight ( Include luggage, meals)
RM750 Ground
RM31   Insurance 
RM123  1500 Philippines Peso for food, souvenir 
(exchange rate RM82=1000Peso)

GRAND TOTAL RM1329

Thanks for reading this entry!

No comments:

Post a Comment